Tuesday, July 13, 2010

3 Buddies, A pot of Steamboat and Happiness

Salam semua!! Hari Isnin yang lepas merupakan hari lahir buat salah seorg teman rapat Cik Enoun, Hidayat Putra..Beliau merupakan teman istimewa kepada sahabat karib Cik Enoun, Cik Azreena..Sudah jadi kebiasaan kami untuk menyambut birthday sama-sama..tak kira la..terlewat, atau terawal..(tapi biasanye terlebih2 lewat!haha)..cuma kali ni, kami berjaya sambut birthday Dayat tepat pada waktunya..Dia pun masih berpakaian kerja...maklumlah, terus2 pergi ke sini selepas tamat waktu berkerja..Terharu jugak, Cik Azreena bukan sahaja menghadiahkan kek buat Dayat, tapi ada kek "Qada'" untuk Cik Enoun juga..Birthday Cik Enoun 21 Mei yang lepas (memang dah berkurun pon!haha)..All thanks to Cik Azreena sebab belanja Cik Enoun and Dayat makan steamboat kat MAEPS, Serdang..Best makan sini..berbaloi2..

Birthday Boy, Dayat and Buah hati pengarang jantungnya, Cik Azreena


Wah,,muka menggoda Cik Azreena..Posing ala2 abg bangla Dayat dan Cik Enoun yang sipi2..ok la tu..

No comments: